MENGAPA PAS BERTANDING DIDALAM PILIHANRAYA
NEGERI SARAWAK
1. | Menegakkan keadilan Tidak terdapat lagi keadilan didalam pemerintahan kerajaan Barisan Nasional(BN) yang diterajui oleh Parti Pesaka Bumiputra(PBB).Kekayaan sumber hasil negeri hanya diagihkan dan dikumpulkan dikalangan kelompok tertentu.Rakyat tidak mendapat pembelaan dari kerajaan sediada. |
|
2. | Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
didalam pentadbiran Kerajaan Sarawak Tidak ada suara yang boleh dipercayai didalam Dewan Undangan Negeri dan pentadbiran Negeri Sarawak yang menyeru kepada manusia membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran .Tidak ada wakil wakil yang berani mencadangkan program program yang membawa kebaikan kepada umat Islam dan Melayu serta juga tidak ada wakil wakil yang berani menegur dan mencegah program program kerajaan yang bersifat mungkar.Oleh kerana itu , telah berlaku keruntuhan moral dan sosial yang amat dahsyat dikalangan Umat Islam dan melayu di Sarawak. |
|
3. | Memberi kesedaran kepada Masyarakat
tentang Islam sebenar Tugas seorang Muslim itu adalah menyampaikan masej Islam yang sebenar yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul .Islam bukan hanya agama penyembahan yang cuma menititberatkan ibadat ibadat yang tertentu sahaja ,tetapi Islam adalah suatu cara hidup yang lengkap yang memenuhi segenap segi kehendak dan keperluan hidup manusia termasuk politik,ekonomi, dan sosial yang menjamin keadilan dan keselamatan kepada muslim dan non-muslim UNDILAH PAS
|